Lirik Lagu Indonesia Terlengkap disertai dengan Video, Deskripsi Artis dan Download MP3-nya. Saat ini terdapat lebih dari 7.000 judul lagu dalam database kami, dan akan terus bertambah
Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah mula dibina Namun jiwa tetap marak memburu cinta Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang, resah silih berganti Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa di rimba Memerah keringat mencurah tenaga Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit.. Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan. Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang, resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa di rimba Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan. Dunia yang fana atau syurga..
Judul Nasyid : Sunnah Orang Berjuang Artis : Hijjaz Album : Pelita Hidup 4
Posted by Web MasterMinggu, 16 September 20120
komentar
Bila dua hati dah terjalin Selamatlah pengantin kami doakan Moga redha Allah bersinar selalu Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga Ada masa tenang dan masa gelisah Jangan nafsu diikut melulu Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia Tak lari dari ketentuan Ilahi Suami ketua isteri pembantu Melangkah hidup saling berpadu Susah dan senang hadapi bersama Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
Judul Nasyid : Selamat Pengantin Baru Artis : Hijjaz Album :
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu Bagai tiada pengganti Senyum tawamu juga katamu Menghiburkan kami Memori indah kita bersama Terus bersemadi Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu Di saat kau masih diperlukan Tuhan lebih menyayangi dirimu Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah Tempatkannya di tempat yang mulia Tempat yang diKau janjikan nikmat Untuk hambaMu
Sahabatku Akan kuteruskan perjuangan ini Walau kutahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahgia dikau di sana Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan Moga di sana kau bersama para solihin Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan Kau sahabatku kau teman sejati
Judul Nasyid : Kau Sahabat Kau Teman Artis : Hijjaz Album :
Dalam diri selembut sutra Kau memiliki iman yang teguh Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani Walau pun jasad-mu milik tuan Tetapi hati-mu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari Disuruh memilih iman atau kekufuran Samar jahiliah atau sinaran akidah
Sabarlah keluarga Yasir Bagi-mu syurga disana Dan kau pun tega memilih syurga Walau terpaksa mengorban nyawa Lalu tombak yang tajam menikam Jasad-mu yang tiada bermaya Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah
Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah Tangan yang disangka lembut menghayun buaian Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya Kaulah wanita terbaik Sebaik manusia Nama-mu tetap menjadi sejarah
Judul Nasyid : Sumayyah Artis : Hijjaz Album : Jalan Bahagia
Posted by Web MasterSabtu, 15 September 20120
komentar
Kawan apalah yang kau kesalkan Kerana Tuhan kau kehilangan kawan Kerana kebenaran dihina Jangan kau ragu dalam keimanan
Kadang-kadang kawan jadi lawan Kadang-kadang lawan jadi kawan Apalah disedihkan hati Setiap insan di dalam kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih Bukan kau saja ditimpa malang Ingatlah para Rasul mulia Lebih terseksa menderita Mereka bahagia dalam derita Mereka kaya di dalam papa
Mereka memadai dengan Tuhannya Itulah kebahagiaan Di waktu sempit seorang diri Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai Walaupun keseorangan
Judul Nasyid : Kawan Artis : Hijjaz Album : Pelita Hidup 3
Di antara kekasih pilihan dihati Punyai budi penghias diri Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi Indahnya perhiasan duniawi
Diantara diriku juga dirimu Hanya mengharapkan cinta yang Satu Ku kan binakan mahligai impianmu Oh.. sayang ikhlaskanlah hatimu
Malumu bernilai Katamu berhikmah Hatimu tulus suci dan murni Hanya diri yang halal Engkau serahkan segala Untuk mencari redha Ilahi
Benarlah cinta buta melalaikan Tanpa memikirkan batas syariatnya Semuanya itu hanya ujian didunia Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Oh, Kau Permaisuri di hatiku Di dunia ini engkau penghibur Menjunjung kasih amanah Ilahi Ku pasti akan terus menyayangi Terima kasih ucapan ku beri Kau hadiahkan ku cahaya hati Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari Semoga kita dapat bersama Sampai kepada-Nya disyurga sana
Tuhan kekalkanlah Permaisuri hati ku Untuk menemani dalam mengapai cintaMu
Judul Nasyid : Permaisuri Hatiku Artis : Hijjaz Album : Jalan Bahagia
Biar berlinangan airmata Ku takkan hentikannya Biarkan ia menyembuh luka Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu Oh sungguh ku tak upaya Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan Bisa meleraikan iman Kan hancur semuanya
Walaupun menitis airmata darah Tak bisa merubah segalanya Melainkan taubat nasuha Moga kan diterima
Namun ku percaya Masih ada kesudahannya Kerana Allah itu Maha kaya maha mendengar Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya Pasti akan ada Jalan keluarnya Rezeki yang tidak disangka-sangka Cukup Allah baginya Berkuasa segala-galanya Terima seadanya
Judul Nasyid : Rintihan Artis : Hijjaz Album : Rindu
Tuhan… Lama aku gelintar Cari arah cahaya Menerangi gelita
Tuhan…. Indahnya hidayah Mu Sinari ruang kalbu Luruh airmata ku Mensyukuri nikmat Mu
c/o ooo… Tuhan Pimpinlah hati ini Untuk ku menghayati ooo… petunjuk Mu Walau di uji kesabaranku Juga keimananku Tidak tercabar keyakinan ku Pada janji-janji Mu
Tetap bersujud di hadapan Mu Merayu cinta Mu Seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untuk Mu
Betapa ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan Semoga selamanya aku kekal di jalan Mu
Judul Nasyid : Hidayah Artis : Hijjaz Album : Pelita Hidup 4
Bermula gemilang cahaya Petunjuk pimpinan yang Esa Menempuh jalan hidup di dunia Cabaran yang silih berganti Dugaan mematangkan diri Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta Suka dan duka suratanNya Mengenal makna jalan bahagia Masa yang silih berlalu Semakin hampir saat itu Ya Tuhan tunjukkan Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan Namun bersyukur kurniaan Tuhan Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri DenganMu ku punyai segala Tak kan beruntung seisi dunia Limpah kurniakan petunjuk bantuan Tempuh hari yang mendatang
Semoga… Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi Setiap detik masa dalam amalan jua Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui Cinta yang sejati Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa Perisai menempuh pancaroba Penentu tempat rahmat bahagia Seiring teman dan saudara Pimpinan tauladan baginda Ya Tuhan bantulah Moga selamat selamanya
Judul Nasyid : Berkorban Demi Cinta Artis : Hijjaz Album : Damai
Posted by Web MasterJumat, 14 September 20120
komentar
Setitis embunan yang jernih Di hujung dedaunan bersih Kemilau warnanya bagaikan Permata disuluh cahaya
Dinginnya menyentuh di jiwa Menyingkap jendela hati Itulah setitis hidayah Membasahi gersang di jiwa
Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari Ia seumpama lentera di kamar diri Terungkai segala kusut tertegak kebenaran
Tanpa mengira bangsa warna dan rupa Tertebar petunjuk ke seluruh buana Islamlah manusia walau di mana jua Di timur barat selatan dan utara
Hitam putih dan kuning Islam bersaudara Yang menyatukan semua hanya embun hidayah Damai seluruh dunia Aman alam semesta Embun hidayah anugerah ALLAH
Hidayah hak milik Tuhan Kurnia tiada tara Meniti menerusi lidah RasululLah Zaman terus beralih Musim terus berubah Embun hidayah akan terus melimpah Embun hidayah anugerah ALLAH
Judul Nasyid : Embun Hidayah Artis : Hijjaz Album : Permata Hijjaz 1431
Dengan Bismillah ku bermula Bingkisan hati buatmu teman Yang dikasihi Kita bersama dalam satu ikatan Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia Dirahmati dan diredhai Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah Hati kami dalam mencintai Redha atas ujian diberi Jauhkanlah kami Dari rakus mengejar duniawi Hidup mati biarlah untuk-Mu Harap dunia hanya di tangan Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah Bersama kita hidup untuk-Nya Kita dicipta di dunia fana Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan.. Kita laksana bersama Amanah dari-Nya demi Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama Dari segala kepentingan dunia Bergandingan kita untuk Memburu cinta-Nya Oh cinta-Nya
Bukan intan permata Bukan paras rupa Pandangan Tuhan pada manusia Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia Di sisi Tuhan itu yang utama Siapa yang berbakti dengan ketabahan Sabar menempuh ketentuan Tuhan Baginya syafaat dunia akhirat Kurnia Tuhan tidak terkira
Di dalam menjalani hidup didunia Tiada lepas dari pancaroba Kita yang diciptakan dengan kelemahan Perlukan petunjuk panduan Tuhan Tiada yang kuasa melainkan Dia Mentakdir menentukan segalanya Supaya selamat dunia akhirat Tekun pada amal ibadah
Oh.. Tuhan yang Esa Pada-Mu kami panjatkan doa Moga dipeliharakan ditetapkan iman Dunia ini penuh cabaran Oh Tuhan yang Esa Untuk-Mu kami tempuh segala Pandanglah dengan rahmat-Mu Pandangan kasih-Mu Pimpinlah kami jalan bahagia Selamanya
Judul Nasyid : Jalan Bahagia Artis : Hijjaz Album : Jalan Bahagia
Bulan Ramadhan bulan yang berkat Bulan rahmat dan bulan utama Pahala digandakan, doa diterima Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Isilah bulan ini, banyakkan amalan Beribadah malam, siang berpuasa Banyakkanlah sedekah jangan dikira Moga ia menjadi penebus dosa Membaca Al-Quran jangan dilupakan Zikir dan Tasbih elok disertakan Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara Agar Ramadhan tidak sia-sia…
Hindarkanlah dosa di setiap anggota Kalau boleh dosa hati jua Kerna dosa itu merosakkan pahala Agar kita tidak mensiakan Ramadhan Isilah Ramadhan dengan sebaiknya Kerna ia datang setahun sekali Tahun hadapan belum tentu jumpa Kerna kita mati bila-bila masa
Judul Nasyid : Ramadhan Bulan Berkat Artis : Hijjaz Album :
mp3-hotcollection adalah situs penyedia lirik lagu, video, link download, gambar cover album, serta informasi musik dari anda, oleh anda dan untuk anda. Andalah yang menyediakan semuanya, mulai dari menyediakan lirik, mengedit dan sebagainya. Untuk menjadi kontributor, silahkan kirim email ke albertprk@gmail.com