Tampilkan postingan dengan label Anugerah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Anugerah. Tampilkan semua postingan

Anugerah - Usia (Nasyid)

Posted by Albert Park Sabtu, 25 Februari 2012 0 komentar
Musim berlalu bagai sungai mengalir
Menuju ke arah muara
Bagaikan usia kita

Masih ada sisa-sisa dosa yang tertinggal
Untuk kita singkirkan di hati
Yang amat mengharap keredhaan

Semalam telah pun tersisih
Suka duka jadikan iktibar
Kerana hari esok yang mendatang
Tak menjanjikan kepastian

Apakah di kesempatan yang ada
Kan dapat kita pohon dari-Nya
Sebelum berangkat ke daerah kematian

Amat rapuhnya usia bak dedaun
Nan tergantung pada tangkainya
Bila tiba detik dan waktunya

Berguguran...oh...berguguran
Dedaunnya....oh....di akhirnya

Lagu: Isman Nadim
Lirik: Radzi Sulaiman

Judul Nasyid : Usia
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Untukmu Mawar Kota (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Telah lama kau di dalam alpa
Dalam kegelapan memburu fatamorgana
Mengikut nafsu mengaut kepuasan
Hingga kini tiada jawapan

Engkau terus menerkam bayang-bayang
Tanpa sedar maruah diri telah hilang
Segala tergadai tiada yang membela
Mutiara yang hilang tidak akan pulang

Sampai bilakah
Engkau akan begini
Mengikut nafsu yang infiniti
Hari-hari depan tiada engkau fikirkan
Lebih-lebih lagi kehidupan yang hakiki
Di akhirat

Marilah kita bersama-sama
Kembali kepada fitrah
Untuk menjadi hamba-Nya
Yang tunduk pada syariat-Nya

Tidak kita dijadikan oleh Allah
Dengan begitu sahaja
Kita dijadikan untuk mengabdikan diri
Dan beribadah sebagai hamba-Nya

Ketenangan dan kebahagiaan
Akan diperolehi hanya dari Tuhan
Ketahuilah bahawa sesungguhnya
Mengingati Allah hatimukan tenang

Tidakkah kau fikirkan
Hebatnya neraka segala azab dan seksanya
Yang tak akan tertanggung
Oleh kita yang lemah
Yang dahsyatnya tak tergambar
Yang tak sanggup menghadapinya

Ketahuilah kasih sayang Allah
melebihi kasih seorang ibu
Walaupun selangit dosa kita
Dia kan sudi mengampunkannya
Kerana Dia Maha Penyayang...

Lagu: Abu Bakar Md Yatim
Lirik: Abu Bakar Md Yatim

Judul Nasyid : Untukmu Mawar Kota
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Tipu Duniawi (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Kini taman hangus terbakar
Tiada wangi hilang seri
Kembang dan jambangannya punah
Indah cantiknya musnah

Kumbang terpanggang rentung
dibakar pijar
Tanahnya membahang panas
Buminya tandus

Dulu jambangan ini
menguntum seri
Senyum di tangkai hati
Semerbak harum kembang indah
Taman mengundang tenang
Cantik bunga kumbangpun
datang bertandang

Rupanya seri taman tak kekal
Harumnya sementara indah
Sebentar
Kerana bajanya ringgit permata
Bukan iman dan taqwa

Itulah taman dunia
Taman tipu daya
Taman pura-pura

Lagu: Abu Bakar Md Yatim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Judul Nasyid : Tipu Duniawi
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Selagi Ada Hayat (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Sahabat masih ada waktu
Untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni

Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

Lagu: Idzhar Jumali
Lirik: Zuraimi Ismail
Hakcipta: OVA Productions

Judul Nasyid : Selagi Ada Hayat
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Rintihan Hamba (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Alunan mersik suara
Berlagu senandung duka
Ubatilah derita umat ini
Yang lemah diperdaya dusta

Aduhai malangnya
indah kaca dipuja-puja
Menyangka itulah permata
Anggunnya bila disuluh cahaya

Merintih pilu hati menangis
Alam turut simpati
Suara kebenaran yang menyapa
Hilang ditelan mazmumah durjana

Apalah daya termampu
Allah yang takdirkan begitu
Ranjau ujian berpanjangan
Iringi langkah kehidupan

Aku alam dan semua
Tuhan tahu segalanya
Tabah kami di sini menanti
Abadi cinta di dalam hati

Membara, membara rindu
Di hujung penantian
Ingin mengecap saat gemilang
Makin hampir mekar di hati
Indah buana dilimpah rahmat-Nya

Lagu: Azahari/ Huzaimi
Lirik: Zuraimi Ismail

Judul Nasyid : Rintihan Hamba
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Merancang Kerja (Nasyid)

Posted by Albert Park Jumat, 24 Februari 2012 0 komentar
Tenaga dan kemampuan diperhitungkan
berjuanglah dalam satu barisan
Umpama batu tersusun menjulang ke awan
Itulah asas dalam merancang

Rancang dengan apa yang ada di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu diperhati
Agar tertib rapi dan teliti
Matlamat dan caranya selari
Masa pun harus diambil kira

Gunung mana yang mahu didaki
Lurah mana yang mahu disusuri
Semuanya telahpun terbukti
Pasti rancangan akan berjaya

Lagu: Mujahid Abd Wahab
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta: OVA Productions 1995.

Judul Nasyid : Merancang Kerja
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Mata (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Mata manusia sudah buta
tidak melihat kebenaran
Telinga manusia sudah tuli
Tidak mendengar yang hakiki
Hati insan sudah mati
Tiada lagi keadilan
Kebenaran ditolak ke tepi
Kezaliman merata

Inilah akibat
Jiwa tanpa pedoman
Tiada lagi keimanan
Kerana manusia
di akhir zaman
Tiada batasan tanpa panduan
Musnah segala

Lagu: Sariman Abd Manaf
Lirik: Al-Mansur
Hakcipta: OVA Productions

Judul Nasyid : Mata
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Jendela Hati (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Aku ingin hidup secerah mentari
Yang menyinar di kamar hatiku
Aku ingin sering kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuah ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Mengubat rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kasturi seindah pelangi
Segalanya bermula di hati
Seharum kasturi seindah pelangi
Segalanya bermula di sini

Lagu: Mujahid / Arin
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Judul Nasyid : Jendela Hati
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Jalan Mujahadah (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

Lagu: Abu Bakar Md Yatim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Judul Nasyid : Jalan Mujahadah
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....

Anugerah - Bicara Buat Teman (Nasyid)

Posted by Albert Park 0 komentar
Kepadamu teman
Bicara ini kuutus untukmu
Lahir dari lubuk jiwaku
Dengan rasa yang mendalam
Ingin semuanya tertumpah
Ke lubuk hatimu

Setiap manusia
Merindukan kasih dan sayang
Ia fitrah semulajadi
menginginkan hidup yang harmoni
Itulah kebahagiaan yang dicari

Mengapa kita terus begini
Bahagia yang mekar mewangi
Mesra yang harum semerbak
Kian terlerai dan mulai sirna

Itu semua bukan kehendak kita
Tapi itulah yang berlaku
Mengganggu kasih yang bersemi
Melerai sayang yang kukuh padu

Marilah kita kutip semula
Daun-daun kasih yang terlerai
Kita kumpul semula
Mesra yang abadi

Jangan hendaknya kita tergugah
Walau suasana berubah
Kerana cinta Ilahi itu abadi
Yang rindu membawa mati

Lagu: Nazri Johani
Lirik: Zarie Ahmad
Hakcipta: OVA Productions

Judul Nasyid : Bicara Buat Teman
Artist : Anugerah
Album : Masih Ada Waktu


Baca Selengkapnya ....
Modified by info update - Panduan Blogging SEO. Original by Bamz | Copyright of MP3 Free Download.